TOK GAJAH
Tok Gajah adalah ayah
kepada Pahlawan Melayu Pahang iaitu Mat Kilau. Pada tahun 1891 hingga
tahun 1895 telah berlaku pemberontakan Pahang terhadap pemerintah
negerinya. Tok Gajah merupakan tokoh yang terlibat bersama dengan Datuk
Bahaman, Mat Kilau dan Datuk Lela menentang penjajah Inggeris. Beliau
bertindak menghalau penjajah Inggeris dengan segala tipu helahnya yang
hendak merampas pemerintahan negeri Pahang. Beliau mempunyai semangat
perjuangan yang gigih serta sanggup berdepan dengan askar-askar Inggeris
yang lengkap bersenjata. Beliau juga bersama dengan Wan Lingga telah
diarahkan oleh Bendahara Wan Ahmad untuk menyerang Maharaja Perba dan
Orang Kaya Setia Lela. Ini adalah disebabkan perselisahan faham antara
Maharaja Perba dengan Bendahara. Beliau pernah diutuskan ke Singapura
bagi mendapatkan khidmat peguam sebagai penasihat Sultan Ahmad. Beliau
juga menjadi ketua pasukan perang Sultan Ahmad dalam menentang penjajah
Inggeris.
Golongan
ketiga di negeri Pahang yang menjadi pemilik tanah yang penting dan
berkuasa di kawasan-kawasan tertentu dikenali sebagai Orang Besar Raja.
Golongan ini juga merupakan orang kesayangan istana tetapi bukan
berketurunan bangsawan dan dinaikkan pangkat berdasarkan kepada
kecekapan serta kemahirannya dalam bidang ketenteraan. Tok Gajah dan
Tuan Sheikh Kechil merupakan dua orang tokoh yang terpilih mengikut
kategori tersebut. Tok Gajah mempunyai pengaruh yang luas dan sangat
dihormati serta ditakuti oleh orang-orang Inggeris. Beliau merupakan
penasihat utama Sultan dalam segala yang berkaitan dengan Hulu Pahang,
iaitu hal-hal yang berhubung dengan kawasan-kawasan di hilir sungai dari
Pulau Tawar.
No comments:
Post a Comment