Friday 9 January 2015

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim..
            Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kami melaksanakan tugasan ini dengan jayanya.

            Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah pengajian malaysia kami, En.Yassir kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami berkongsi tentang peranan ulamak islam dalam perjuangan menuntut kemerdekaan tanah melayu.
            
            Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang kami telah alpa. Mereka banyak membantu dengan menjawab setiap pertanyaan yang kami utarakan kepada mereka.
            Akhir madah, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Kami berharap agar setiap paparan yang kami sediakan memberi ilmu kepada semua . terima kasih .

No comments:

Post a Comment