TOK KENALI
Tok Kenali -
Tokoh Besar Ulama Kelantan
Bagi seseorang yang mengkaji sejarah tanah air,
lebih-lebih lagi menyelidiki “sejarah kelantan’ maka dia secara langsung atau
tidak, akan menemui nama Tuk kenali’. Mengikut perkembangan sejarah, Tuk Kenali
adalah merupakan seorang pembangun fikiran umat Islam di dunia sebelah sini
menerusi pengajaran kepada murid-murid yang bertebar pada beberapa tempat di
Alam Melayu, juga melalui fikiran-fikirannya yang membina menerusi majalah “
Pengasuh”, keluaran Majlis Agama Islam dan Adat
istiadat Melayu kelantan dan majalah “Al-Hikmah” sebuah majalah pengatahuan
yang antara lain yang sedang bersemarak di masa ini.
Sesuatu perkara yang menarik perhatian kita
ialah perjuangan dan penghidupan Tok Kenali adalah agak nyata. Beliau banyak
menerima pengaruh dari ajaran-ajaran Failasuf islam Al-Iman Ghazali ,
(1058-1111M) seorang pembangun dan pembina fikiran umat Islam yang banyak
membuat pembaharuan dalam acara mengupas soal-soal agama berdasarkan
ajaran-ajaran kitab suci Al-Quran dan hadis di samping memperoleh ilmu ladunni
di zaman silam. Melihat kepada perjuangannya, kita mendapati cara perjuangannya
hampir-hampir sama dengan perjuangan Syaikh Muhammad Abduh (1849-1905M),
seorang pembawa pembaharuan pemikiran umat Islam yang meletakkan kitab Al-Quran
sebagai asas perjuangannya dan perjuangannya adalah secara menyeluruh menyedar
dan membina masyarakat dalam aspek hidup, agama, ilmu pengatahuan, politik,
sosial ekonomi dan lain-lain yang secara kebetulan di masa Tuk kenali berada di
kota Suci Makkah dan semasa beliau melawat ke
Mesir
1322H (1904M) merupakan akhir zaman Syaikh itu.
Untuk selanjutnya marilah sama-sama kita
mengikuti garis-garis perjuangan beliau dan cebisan riwayat hidup beliau
sebagai berikut:
Kelahiran Tok
Kenali
Beliau dilahirkan di
Kampung Kenali,
Kubang Kerian,
Kota Bharu,
Kelantan
kira-kira pada tahun 1287H (1870M*) dengan nama Muhammad Yusof (pernah disebut
sebagai Awang sahaja) iaitu di penghujung pemerintahan Sultan Muhammad II
(1837-1886M). Bapanya seorang petani bernama Ahmad, manakala Fatimah, ibunya
adalah seorang insan yang sopan dan bercita-cita tinggi dan murni.
Latar
Belakangnya
Muhammad Yusoff dilahirkan dalam keluarga yang
sederhana, dan ini adalah membentukkan sifat peribadinya yang tidak menonjol.
Bapanya seorang petani manakala ibunya bagaimana kebiasaan orang-orang di
kampungnya adalah bekerja menolong pekerjaan suaminya.
Sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negeri,
Muhammad Yusof telah mula belajar pada datuknya sendiri Encik Salleh (Tok Leh)
iaitu dalam pelajaran membaca kitab suci Al-Quran dan pelajaran tulis-menulis.
Sesudah itu dia menyambungkan pelajaran ke masjid Besar Al-Muhammadi, Kota
Bharu dan tempat-tempat pengajian lain di sekitar kota Bharu dalam pelajaran Bahasa Arab, nahu, saraf juga pengetahuan agama.
Isterinya ialah Cik Ruqayyah Mahmud. Beliau
dikurniakan
empat orang anak, iaitu Ahmad, Muhd Shaalih, Mahmud dan
Abdullah Zawaawi.
Perlu disebutkan bahawa datuknya adalah seorang
yang lebai, warak, mempunyai sedikit sebanyak ilmu-ilmu
agama
untuk panduan hidup, seorang yang mempunyai kesedaran, mematuhi
peraturan-peraturan agama dan gemar berbuat ibadat semata-mata mencari keredaan
Allah.
Bapanya meninggal dunia sewaktu umurnya baru
meningkat 5 tahun. Beliau dilantik di bawah pengawasaan datuknya menyebabkan
pengaruh bapanya kurang terasa dalam corak hidupnya. Di samping itu, nenek
perempuan tirinya, Tuk Mek ngah turut memberikan pendidikan yang baik kepadanya
termasuk pengawasan terhadap punca-punca makanan yang hendak disajikan.
Menurutnya pengaruh-pengaruh makanan-makanan yang haram adalah membawa akibat
yang buruk dalam penghidupan di dunia ini, lebih-lebih lagi di
akhirat.
Kebolehan
Luar Biasa
Kecenderungan Tuk Kenali dalam pelajaran adalah
nyata sejak kecil lagi. Perasaan ingin maju dan ingin tahu adalah meluap-luap
di dadanya. Dalam tempoh yang pendek dia telah dapat mengkhatami pembacaan
kitab suci Al-quran dan dapat menulis dengan baik. Kerana itu tidaklah hairan
mengapa dia telah dipilih oleh penggawa daerahnya untuk menjadi seorang kerani
sebagai pembantunya dalam mengira dan menguruskan hasil-hasil tanaman dan kebun
di kawasan tersebut sewaktu dia berusia antara tujuh ke lapan tahun.
Dalam beberapa laporan lain, misalnya laporan
dari salah seorang penduduk Kubang Kerian yang menceritakan pada wartawan
Majalah Tiga yang ditayangkan pada Sabtu, 13 Jun
2009.Pemuda itu menceritakan bahawa ayahnya telah menceritakan kepadanya
tentang kisah kebolehan Tok Kenali.Bapanya menceritakan bahawa pada suatu
ketika, di sebuah kampung di Kelantan, terdapatnya beberapa masyarakat Melayu
Kelantan lama yang suka menyabung ayam dan menyabung lembu,keadaan pesta
menyabung itu sangat bising dan hiruk pikuk lantaran keasyikan masyarakat yang
suka pada perbuatan menyabung haiwan,(pada kebiasaannya perbuatan menyabung
haiwan dapat menyebabkan masyarakat penyabung terdedah dengan kegiatan judi dan
pergaduhan).Oleh demikian,Tok Kenali dan beberapa orang kampung telah terganggu
akan kebisingan pesta sehinggakan Tok Kenali pada waktu itu beranggapan dan melafazkan
bahawa terdapatnya rumah terbakar di kampung itu. Dengan kuasa Allah, pada
petang hari pesta menyabung itu juga, kebanyakan daripada rumah-rumah penyabung
haiwan itu telah dijilat api keseluruhannya. Maka begitulah kekuasaan Allah SWT
terhadap hamba-Nya yang beriman dan ingkar.
Menyambung
Pelajaran Ke Kota Bahru
Sewaktu berusia antara sembilan ke sepuluh
tahun, Muhammad Yusof telah mengambil langkah bagi menyambung pelajarannya ke
Kota Bharu. Tempat pertama yang ditujunya ialah ke masjid Al-Muhammadi, di mana
terdapat beberapa orang guru agama dan beratus-beratus orang murid dari seluruh
ceruk Negeri Kelantan menyambung pelajaran mereka ke sini. Sekitar masjid besar
ini, dewasa ini penuh dengan pondok-pondok (asrama) penuntut.
Dalam masa menuntut di sini beliau berguru
kepada Tuan Haji Wan Ismail (ayahanda Datuk Perdana Menteri Paduka Raja,
Kelantan, Dato' Nik Mahmud) Beliau belajar bersama-sama
Encik
Idris yang kemudiannya menjadi “Mufti Kerajaan Kelantan”’ Selain itu beliau
berguru kepada Tuan Guru Hj. Ibrahim, penambang (Mufti kerajaan Kelantan)
Syaikh Muhammad Ali bin Ab. Rahman (Wan Ali) Kutan dan kepada Tuan Guru Padang
(Hj. Ahmad) Kota Bharu.
Melanjutkan
Pelajaran Ke Tanah Suci Mekah
Sebagai seorang pelajar, Tok Kenali telah
menaruh cita-cita yang kuat untuk melanjutkan pelajaran ke
Mekah.
Pada tahun 1887M (1305H). Menjelang umurnya kira-kira 18 tahun, Tok Kenali
menjejak Tanah Suci Mekah untuk meninggikan pelajaran agamanya di samping
menunaikan rukun islam yang kelima, ibadat Haji iaitu sesudah enam bulan
mengalami kesusahan di Lautan Hindi disebabkan kerosakan kapal yang
ditumpanginya.
Penghidupan
Tok Kenali di Tanah Suci Mekah
Pemergian Tok Kenali ke Tanah Suci Mekah adalah
semata-mata atas bantuan daripada sahabat dan kenalan beliau di Kota Bharu yang
berjumlah kira-kira RM50.00 dan sumbangan daripada ibunya cuma berjumlah
RM22.00. Kesukaran yang di hadapi Tok Kenali di rantau orang tidak dapat
digambarkan lagi. Hampir tujuh bulan beliau di sana tanpa tempat kediaman yang
tetap. Semasa itu beliau menginap di serambi Masjidil Haram, Mekah, dan hanya
dapat tidur serta berehat-rehat bila menjelang sesuku malam disebabkan Masjidil
Haram merupakan pusat ibadat tawaf, sa’i, sembayang dan sebagainya.
Pakaiannya sederhana, begitu juga tentang
pemilihan makanannya untuk menampung kekosongan di waktu pagi dan petang.
Memandangkan kedudukan ini, beliau pernah ditugaskan menjadi tukang masak
sementara dalam sesuatu perkelahan atau antara kawan-kawannya di wadi-wadi
(lembahan) dan di pinggir-pinggir bukit-bukit nan tandus.
Perkembangan
Pelajaran
Sebelum beliau keluar negeri dahulu, beliau
telahpun mempunyai pengetahuan-pengetahuan asas dalam pelajaran-pelajaran yang
telah dipelajari ketika itu . Beliau telah pun menguasai pengetahuan bahasa
arab (Nahu dan Sarafnya) bagi mengikuti setiap segi jurusan pengetahuan agama
di masa itu. Perkara-perkara ini adalah melayakkan Tuk Kenali untuk menerima
dan mengikuti pelajaran-pelajarannya yang sedang berkembang dewasa ini di Tanah
Suci Makkah.
Tuk Kenali terpaksa belajar mendengar sahaja
tanpa kitab. Di samping itu juga beliau terpaksa membaca di kedai-kedai kitab
dengan meminta izin tuan-tuan kedai itu untuk membaca dan menatap kitab-kitab
jualannya dalam tempoh yang agak lama dengan cara yang cermat sekali.
Kitab-kitab Wakaf yang ada dalam simpanan di Masjid Al-Haram juga dipergunakan
untuk memahami kuliah-kuliah gurunya . Selain itu, Tuk Kenali terpaksa pula
meminjam kitab-kitab gurunya sendiri. Kerana kemiskinanlah agaknya , membawa
Tuk Kenali mengharungi lautan ilmu dan kemajuan melebihi kawan-kawannya yang
lain.
Jelaslah bahawa Tuk Kenali banyak sekali membaca
dan menatap kitab-kitab buah tangan ulamak dan para failasuf islam yang telah
dan sedang tersebar di dunia islam dewasa itu. Beliau juga mempunyai sifat suka
bertanya dan mengkaji pelajarannya sebelum pelajaran itu
di ajar oleh gurunya dengan mengadakan
perbandingan-perbandingan sendiri dan pergalaman sendiri. Banyak membaca dan
banyak membuat kajian adalah merupakan faktor-faktor besar dalam perkembangan
ilmu seseorang pelajar atau siswa.
Antara guru-guru di Masjid yang namanya banyak
disebut-sebut oleh Tuk Kenali ialah Tuan Guru Wan Ahmad atau nama penuhnya
Wan Ahmad bin Muhammad Zain yang
terkenal sebagai seorang pengarang sesudah nama Syaikh Daud Patani. Kepada Guru
inilah Tuk Kenali mendapat bimbingan dan bantuan baik dari segi ilmu
pengetahuan mahupun penghidupan. Disamping itu, terdapat beberapa orang guru
dari patani dan indonesia yang mungkin mendapat perhatian Tuk kenali disamping
guru-gurunya yang terdiri daripada orang-orang Arab.
Lawatan Tok
Kenali ke Mesir
Dalam tahun 1904M, Tok Kenali telah melawat
Mesir bersama Tuan Guru Wan Ahmad, Encik Nik Mahmud (yang kemudiannya bergelar
Datuk Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan) dan Hj. Ismail Patani. Garis-garis
kasar lawatan ini adalah menunjukkan bahawa lawatan beliau ke Mesir adalah
berbentuk lawatan sambil belajar terutama kerana mengkaji hal-hal perkembangan
pelajaran yang berhubung dengan Agama Islam di Universiti Al-Azhar dan
lain-lain tempat pengajian di sekitar kota Kahirah.
Pulang ke
Tanah Air
Pada tahun 1909M (1327 H) iaitu sesudah
menjalani pengajian selama 22 tahun di tanah suci mekah, maka Tuk kenali pun
pulang ke tanah air iaitu ke Kelantan seterusnya pada tahun 1911M (1329M)
beliau mula membuka pondok Kenali, sebuah tempat pengajian yang kemudiannya
menjadi pusat pengajian agama di semenanjung ini. Dua tahun kemudian , beliau
menjadi guru di masjid Besar Al-Muhammadi, Kota Bharu yang waktu itu menjadi
pusat pengetahuan agama terbesar di kelantan, malahan juga dikenali di
Semenanjung sebagai Serambi Mekkah.
Murid-murid dari seluruh Kelantan telah
membanjiri pondok-pondok yang terletak berderet-deret di sepanjang jalan di
kawasan masjid dan di kawasan Kubang Pasu. Selain itu, bukan sedikit
murid-murid dan pelajar-pelajar dari luar negeri datang yang menceduk
pengetahuan agama daripada guru-guru yang terkenal . Selain daripada Tuk
kenali, mereka belajar pada Tuan Guru Hj. Nik Abdullah, Tuan Guru Hj.Idris
(yang kemudiannya berjawatan “Mufti kelantan) dan lain-lain.
Memandang hak-hak kemasyarakatan di kampung
sendiri perlu pula dititik beratkan, maka Tuk kenali terpaksa pula menetap di
kampungnya sendiri iaitu sesudah lima tahun mengajar di Masjid Besar
Al-Muhammadi. Dewasa itu pondok kenali kembali bersemarak sehingga namanya
termasyur ke serata ceruk rantau Semenanjung ini, malah sampai ke Indonesia
(terutama Sumatera) Kemboja, Patani dan lain-lain. Jumlah pelajar-pelajar yang
menetap di asrama (Pondok) meningkat 400 orang suatu jumlah yang besar dalam
pertumbuhan pengajian Islam dikala itu.
Dalam menjalankan tugasnya, Tuk kenali
menetapkan beberapa buah kitab pelajaran (teks) dalam berbagai-bagai jurusan,
iautu pengajian Bahasa dan pengetahuan-pengetahuan Agama islam dalam
berbagai-bagai peringkat pelajaran. Beliau sendiri banyak mengambil peranan
dalam mengembangkan pengetahuan Bahasa Arab,
manakala pelajaran-pelajaran lain diperkembangkannya selaras dengan
kehendak-kehendak masyarakat dewasa itu.
Murid-murid beliau yang telah matang dalam
pengajiannya dilantiknya menjadi kepala telaah (guru Kumpulan) disamping itu,
kitab-kitab agama dalam tulisan jawi diajarkan juga kepada pelajar-pelajar dan
orang-orang kampung. Menerusi pengajian-pengajian kepada orang-orang dewasa
inilah lahirnya cerita-cerita tauladan yang kadang-kadang menggelikan, sebagai
suatu cara untuk menarik perhatian murid-murid kepada pelajaran yang sedang
ditumpukan. Suatu hal yang agak luar biasa bahawa dalam masa mengajar itu, Tuk
kenali mengajar tanpa kitab, di hadapannya tiada kitab-kitab pelajaran
sedangkan muridnya mempelajarinya dengan menggunakan kitab. Inilah menunjukkan
bahawa Tuk kenali adalah seorang yang mempunyai daya ingatan yang kuat.
Kemasyuhuran Tuk kenali telah menarik ramai
pelajar Islam dari serata ceruk semenanjung. Antara mereka ini ada yang
telahpun mempunyai kematangan dalam pengetahuan Agama islam datang untuk
mengenal wajah dan mengikuti sebahagian pelajaran yang diajar oleh Tuk Kenali.
Antara mereka ada yang datang kira-kira seminggu, sebulan, tiga atau empat
tahun seterusnya. Ini bergantung kepada keadaan masing-masing, sebab di antara
mereka ada yang sudahpun bekerja sebagai guru agama. Qadi atau sebagainya.
Untuk meminta Tuk Kenali membaca kitab, cukuplah dengan meminta izin beliau di
mana si peminatnya sendiri yang akan disuruh membacanya di hadapan kumpulan
pelajar-pelajar. Sesudah itu Tuk kenali memainkan peranan memberi kefahaman dan
mensyarahkan isi kitab itu, juga memberi peluang-peluang bertanya.
Menghembus
Nafas Terakhir
Setelah kira-kira 65 tahun menyedut udara dunia
ini, maka Tuk kenali pun dipanggil menghadap tuhan, kekasihnya iaitu pada Ahad
19 November 1933M, berikutan suatu penyakit di kakinya.
Majalah “Pengasuh” keluaran 11 disember 1933M
mencalitkan berita tentang kematian Tuk kenali antara lain berbunyi;
“ kembali ke Darul-Baqa 1352 yang meredupkan
alam Kelantan dendan dukacita. Innalillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun:.
“Hari wafatnya; dilawati oleh tidak kurang
daripada 2,500 orang dan disembahyang jenazahnya lebih daripada 1,000 orang dan
disembahyang jenazahnya lebih seribu orang yang khalis liwajhillaahi Ta’ala.
Tuk Kenali dikebumikan di perkuburan yang
sekarang terkenal dengan nama Kubur Tuk Kenali’ kilometer 5 jalan Pasir Puteh,
Kota Bharu, tidak jauh dari istana negeri. Kuburnya selalu dizarahi oleh Duli
yang maha Mulia Al-marhum Sultan Ibrahim (nenekanda kepada Duli Yang mulia
Sultan Ismail Putera Sekarang) apa lagi oleh ramai terutamanya bekas
murid-murid beliau yang ada berselerak di negeri ini, juga oleh
pelawat-pelawat.
Dari desa pergi ke kota mencari sahabat nan
berbudi kematiannya tanpa mewarisi harta tapi meninggalkan ilmu dana bakti.
Jawatan-jawatan
Tok Kenali
Tuk kenali ada di antara orang-orang yang
memikul tugas dan jawatan terpenting dalam perkembangan pengajian islam dan
pertubuhan kebudayaan timur yang berteraskan islam di negeri Kelantan
berdasarkan jawatan-jawatan yang pernah disandangnya sebagai berikut:
2. Ketua Pelajaran Agama (Pengarah Bahagian
Ilmu Agama. Bertanggungjawab memimpin Madrasah Muhammadiyyah dan penerbitan
buku teks.
3. Ketua Pengarang pertama majalah Pengasuh
(lidah rasmi Majlis Agama
Islam Kelantan dikeluarkan setiap
Isnin,
dijual 10 sen senaskah).
4. Anggota Majlis Agama Islam Kelantan dan Adat
Istiadat Melayu Kelantan.
5. Pengasas Jamiyyah al-Ashriyyah - kumpulan
ilmiah membincangkan isu agama dan semasa.
7. Guru agama di Masjid Besar al-Muhammadi,
Kota Bharu.
8. Penasihat agama kepada Datuk Perdana Kelantan
(Menteri Besar).
Kegiatan-kegiatan
dan Jasa Tok Kenali
Selain daripada mengajar, Tuk Kenali juga
bergiat dalam lapangan-lapangan yang berhubung dengan kemajuan agala dana
kebudayaan islam. Datu Paduka menteri Paduka Raja (Tuan haji mahmud bin ismail)
dengan nasihat beliau telah dapat membentuk Majis Agama Islam dan Adat istiadat
melayu kelantan pada 24 Disember 1915M (17 Safar 1334H). Ini adalah satu jasa
yang dapat dilihat buktinya sampai sekarang.
Semasa hendak mengeluarkan majalah pengasuh
1918M iaitu warta majlis Agama islam dan Adat Istiadat Melayu kelantan. Tuk
kenali telah dipilih untuk menjadi ketua pengarang kehormat . pada mulanya
majalah ini dikeluarkan berupa lembaran akhbar yang mempunyai bidang besar,
diterbitkan setiap hari Isnin, senaskah berharga 10 sen. Penerbitan majalah ini
juga adalah daripada saranan dan dorongan-dorongan beliau.
Selain itu beliau telah ditugaskan oleh pihak
majlis Agama Islam kelantan untuk menterjemahkan Tafsir Al-Khazin yang bertajuk
“Lubaab at-Ta,wiil fil Ma’aani At-Tanzil” ke dalam bahasa melayu. Tugas berat
ini telah dijalankan oleh beliau dan sebahagian daripada tafsir Al-khazin
telahpun siap diterjemahkan. Sayangnya, naskah ini tidak dapat dikesan sehingga
sekarang.
Juga tidak dapat dilupakan bahawa majalah
Al-Hikmah (lahir 1 julai 1923M) di mana ketua Pengarang dan penerbitnya yang
berbahagia tuan hj. Ahmad bin Ismail (Datuk Lela negara) adalah kerap menerima
nasihat-nasihat dan fikiran-fikiran yang berguna daripada Tuk kenali. Majalah
pengetahuan ini diterbitkan tiga kali sebulan . pejabat penerbitan ini selalu
didatangi
oleh Tuk kenali danaa merupakan salah satu
tempat beliau membaca surat-surat khabar dan majalah dewasa itu.
Tuk kenali adalah seorang pencinta ilmu pengetahuan.
Hal ini ternyata sekali dalam sejarah hidupnya . Beliau juga pernah menyimpan
sebuah buku cetera Raja Muda . salah sebuah buku sejarah kelantan yang penting.
Buku ini kemudiannya telah diberikan kepada pengarang buku
Hikayat Seri Kelantan.
- dalam kegiatan kemasyarakatan pula , beliau
telah melancarkan suatu getakan perhimpunan umat islam yang di namakan ‘Jam
,iyyatul Asriyyah] ‘[Perhimpunan semasa] yang kerap membicangkan
perkara-perkara hangat dalam masyarakat [Politik] , pebincangan=perbincangan
ilmu dan perhimpunan kerana ibadat. Sebagai megekal gerakan tersebut ,maka satu
bangunan telah didirikan di tengah-tengah ibu kota dengan nama yang sama,
terletak di Jalan Tengku Petra Semarak , Kota Bharu.
Perkembangan
Pengaruh
Melihatkan jawatan-jawatan penting yang telah
disandang oleh Tuk Kenali dalam masa hayatnya,juga memandang kepada kegiatan
dan jasa -jasa beliau yang cemerlang dalam perkambangan pengajian ugama dan
kebudayaan Islam di Negeri Kelantan khasnya dan Alam Melayu amnya.
Maka sudah sewajarnyalah pengaruh beliau segera
berkembang ke segenap pelusuk tanah air dalam masa yang singkat sekali.
Perkembangan-perkembangan ini adalah agak memuncak di penghujung pemerintahan
Sultan Muhammad IV (1900-1920M) dan di awal pemerintahan Sultan Ismail
(1920-1944M) . Kedua-dua baginda sultan ini adalah di antara sultan-sultan yang
banyak mencipta kemajuan negeri dalam serba lapangan, lebih-lebih lagi di
lapangan kemajuan agama Islam. Ini adalah memberi peluang yang besar kepada
perkembangan pengaruh Tuk kenali yang sedang berkembang ke seluruh tanah air,
apa lagi melihat kedudukan Tuk Kenali yang sedang berkembang ke seluruh tanah
air, apa lagi melihatkan eratnya perhubungan Tuk Kenali dengan anak tuan
gurunya dahulu iaitu dengan Hj. Nik Mahmud bin Ismail (Datuk Perdana Menteri
Paduka Raja) yang juga memegang peranan terpenting dalam pentadbiran negeri
Kelantan dewasa itu.
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa
tersebarnya pengetahuan Bahasa Arab dan pengetahuan-pengetahuan agama melalui
pondok dan sekolah-sekolah pondok ke seluruh Tanah melayu ini antara lain ialah
daripada jasa Tuk kenali yang menyusun kata-kata Tassrif yang kemudiannya
diperkenalkan oleh murid-muridnya terutama tuan guru Hj. Ali Shalaahuddin Pulau
Pisang dan Syaikh Uthman Jalaluluddin, Seberang Prai dalam buku Tatriful Arf-
itu, Syaikh Uthman menulis;
“Sesungguhnya hamba pungut akan dia daripada
beberapa mutiasa tasrif yang amat elok bagi guru hamba yang alim lagi yang amat
ilmunya lagi yang menghimpunkan bagi beberapa fan ilmu yang bangsa kepada agama
iaitu Muhammad Yusof yang masyhur akan gelarannya di seluruh Tanah Melayu
dengan Tuk kenali di negeri Kelantan.
Perkembangan
Pondok Sekolah Agama dan Sekolah Melayu
Sistem persekolahan yang diutaamakan oleh Tuk
kenali dalam masa hayatnya ialah sistem pondok, Sistem pondok yang menggunakan
bahan-bahan pelajaran yang berdasarkan kitab dengan mengkelas-kelaskan kitab
kepada pengajian peringkat rendah, menengah atas dana tinggi yang dipelajari
secara berkelompok (berhalqah) di masjid atau madrasah (balaisah) . Manakala
pelajar-pelajar yang tinggal di pondok-pondok (Asrama) di bawah bimbingan Tuk
kenali, telah melahirkan beberapa orang tokoh ulamak. Tuan-tuan guru (tok
guru_, pendakwah, pengarang yang terkenal yang datang dari beberapa tempat di
seluruh tanah Melayu , sumatera, kemboja dan lain-lain.
Guru-guru pondok lepasan kenali inilah
kemudiannya tersebar keseluruhan rantau ini di mana mereka menghidupkan pula
sistem pondok.
Adalah agak luar biasa, di samping menggalakkan
sistem pondok, Tuk kenali sebagai pencinta ilmu, tidaaklah menghalang wujudnya
sistem persekolahan.
Tertubuhnya Agama islam dan adat istiadat
melayu kelantan padaa tahun 1915M yang sudahpun mempunyai rancangana mendidikan
sekolah-sekolah Agama islam di kelantan , adalah juga dengan mendapat nasihat
daripada Tuk kenali. Maka pada 5 Ogos 1917M ditubuhkan sebuah Sekolah Agama
berbahasa pengantar melayu yang menitik beratkan Bahasa Arab, dengan nama
“Al-Madrasah Al-Muhammadiyyah Al-Kilantaniyyah”. Sekolah ini juga mengadakan
pelajaran bahasa inggeris di sebelah petangnya.
Jadi, Tuk Kenali sebagai Ketua Pelajaran Agama
Islam di Kelantan adalah memainkan peranan dalam pembukaan dan perlaksaan
sekolah ini. Sekolah ini lebih dikenal dengan nama “ Sekolah Agama Majlis”.
Kemudian pada tahun 1937 bila lahirnya sekolah
aliran bahasa arab di Majlis dengan nama “Majlis Al-Muhammadiyyah Al-Arabiyyah”
barulah Sekolah Agama Majlis tadi bertukar nama dengan “Sekolah Melayu Majlis”,
manakala sekolah yang baru tadi disebut “Sekolah Arab Majlis”. Akhir sekolah
aliran melayu ini diserapkan secara beransur-ansur ke dalam Bahasa Arab sesudah
dia dipindahkan ke bangunan Maahad Al-Muhammadi sekarang ( sebagai ekoran
daripada sekolah aliran arab tadi )
Keberkatan usaha beliau ini membawa Syaikh
Uthman Jalaludin Al-Kilatani membuka sekolah arab Manaabi’ Ai-’Uluum, Bukit
mertajam pada tahun 1934 (1353). Demikian juga Tuan Guru Hj. Ali Salaahudin
membuka madrasah Al-Falaah di Pulau Pinang di mana kedua-dua madrasah ini lebih
berbentuk pondok (sistem pondok).
Di samping itu beliau juga adalah dianggap
sebagai pendorong pembukaan sebahagian sekolah-sekolah Melayu di Kelantan ini
seperti Sekolah Melayu Kubang Kerian 1920M, Sekolah Melayu Mentuan, dan
lain-lain. Beliau tidaklah memusuhi pembukaan sekolah-sekolah seperti ini
selagi pelajaran yang diajar tidak menyelaweng daripada ajaran islam yang suci.
Tok Kenali
Melahirkan Angkatan Pengarang
Di antara murid-murid Tuk kenali terdapat suatu
golongan atau angkatan pengarang buku-buku agama yang mempunyai kedudukan yang
baik di kalangan masyarakat Islam di dunia sebelah sini. Mereka ialah”
1. Dr. Syaikh Muhammad idris Al-Marbawi,
seorang pujangga Islam yang banyak memberio sumbangan dalam perkembangan
ajaran-ajaran Isdlam dengan kamusnya “Kamus Al- Marbawi” (Arab-Melayu) dan
kitab-kitab karyanya yang banyak di lapangan Agama Islam.
2. Saahib Al-Fadhilah Datuk Hj. Ahmad mahir,
Mufti Kerajaan kelantan yang juga seorang pengarang.
3. Syaikh uthman Jalaluddin Al-Kilantani,
seorang pengarang buku-buku agama dan seorang guru.
4. Tuan guru Hj. Yaakub bin Ismail. Legor,
Selatan Thailand.
5. Saahib Al-Fadhilah, Datuk Hj. Ismail bin
Yusoff, Mufti Kerajaan kelantan.
6. Asy-Syaikh Muhammad Salih Tuk kenali, Makkah
Al-Mukarramah Saudi Arabia.
7. Yang Berbahagia Hj. Ahmad bin Ismail (Datuk
Lela Negara) pengarang majalah Al-Hikmah***(1923M) yang banyak mendidik
bakat-bakat penulis dan pengarang-pengarang sebelum perang.
8. Tuan guru Hj. Ali Salahuddin, seorang guru
agama terkenal yang juga menjadi seorang pengarang.
9. Tuan Guru Hj. Abdullah Tahir, seorang guru
agama terkenal yang juga menjadi seorang pengarang.
10. Tuan Guru Hj. Yaakub bin Hj. Ahmad , lorong
Gajah mati, kota Bharu adalah seorang guru agama dan seorang pengarang.
11. Yang berbahagia Datuk Hj. Hassan Yunus
Al-Azhari, Bekas Menteri Besar Johor , ahli politikyang juga menjadi seorang
pengarang.
Selain murid-murid beliau yang berbakat,
terdapat pula cahaya-cahaya mata Tuk kenali yang turut memperkembangkan
pengajaran ayahndanya, mereka ialah
1. Al-Marhum Hj. Ahmad Tuk Kenali, guru agama
di pondok kenali dan guru yang mengajar pada beberapa buah surau dalam beberapa
jajahan, daerah Negeri Kelantan.
2. Hj. Mahmud, wakil Syaikh haji , makkah.
3. Hj. Mohd Salleh Tuk Kenali, guru agama di
kota suci Makkah dan seorang pengarang buku-buku dan risalah-risalah agama.
Beliau mendirikan persatuan “Darul-Islah” bertempat di Maulid nabi, Suatu
persatuan astu perhimpunan kaum Muslimin dari Tanah melayu, patani, kemboja,
Indonesia dan lain-lain yang datang ke Tanah Suci makkah terutamanya di
musim-musim haji, di mana Tuk kenali diperkenal dan jasanya diperkenangkan.
Suatu persatuan lagi didirikan oleh beliau dengan nama “Darul-Quran (Persatuan
Al-quran) bertempat di Misfalah, Makkah.
4. Hj. Abdullah Zawawi, lulusan kuliah Syariah,
makkah. Berkecimpung di bidang pendidikan dan menjadi pengetua sekolah-sekolah
menengah di Kerajaan Arab Saudi dan Nigeria.
Peribadi dan
Sifat-sifat Utama
Tuk kenali bukan hanya terkenal sebagai salah
seorang ulamak besar sahaja, malah terkenal pula sebagai tokoh yang mempunyai
sifat-sifat utama yang berguna untuk menjadi teladan kepada masyarakat islam.
Antara sifat-sifat utama yang berguna untuk menjadi teladan kepada masyarakatt
islam. Antara si fat-sifat tersebut ialah:
A) Sangat menghormati dan memuliai ibu
B) Pemurah, suka menderma terutamanya kepada
fakir miskin dan anak-anak.
C) Seorang yang sabar, tidak lekas marah.
D) Suka berjalan kaki sahaja sebagai suatu
langkah latihan melenyapkan perasaan sombong, bongkak dan megah.
E) mengamalkan hidup berdikari. Beliau membeli
sendiri di pasar.
F) suka membaca dan menatap, baik buku-buku
atau majalah-majalah di mana-mana sahaja beliau berada.
G) Suka beriktikaf di masjid, manakala tidur
kerap berbantalkan lengan.
H) pakaian beliau amat sederhana.
Sebenarnya Tuk kenali ialah seorang “wali” atau
seorang sufi disebabkan berlaku perkara luar biasa pada dirinya dan tidak
inginkan kemegahan dan kesenangan hidup yang berlebihan. Tambahan pula
memandang makhluk-makhluk lain dengan pandangan yang penuh bertimbang rasa dan
kasihan belas.
Tok Kenali
dan Hal-hal Kemasyarakatan
Sewaktu melancarkan pengajaran-pengajarannya,
Tuk kenali didapati agak gemar sekali membincangkan hal-hal politik tanah air.
Semasa hayatnya Tuk kenali tidak memisahkan politik daripada bidang pelajaran,
malah beliau tidak mengenal pemisahan antara. Agama islam yang difahami dengan
politik. Ini adalah merupakan suatu cara menyesuaikan pengajarannya dengan masalah-masalah
yang dihadapi masyarakat dengan alam keliling. Kerana itu dalam pengajarannya
beliau mengemukakan beberapa anjuran melalui cerita-cerita tauladan yang
berkesan antaranya: ikut bapamu, tetapi takutkan Tuhan kuasailah pengetahuan
agama dan politik ilmu itu apa yang terguris dalam hati pengetahuan manusia
terbatas. Mengaku salah jika bersalah. Sunnah Tuhan sudahlah wajar biar mati
adat, jangan mati syarak. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Bertanya pada yang tahu. Penjahat itu mencukupi dengan kejahatannya. Doa adalah
senjata orang mukmin. (Cerpen-cerpen Tuk Kenali” oleh AQHAS - halaman 76),
Terbitan baru dengan tajuk cerpen-cerpen warisan Tuk Kenali).
Tok Kenali
dan Puisi
Dalam masa menyampaikan pengajarannya,
disamapaing mengutarakan ayat-ayat suci Al-Quran dan hadis-hadis nabi Muhammad
S.A.W , maka terhamburlah dari mulut beliau beberapa rangkap syair dan
kata-kata hikmat bak mutiara gugur dari untainya.
Di sini dibentangkan sebuah syair yang pernah
dikeluarkan oleh Tuk Kenali iaitu:
Bahaya Merokok:
Perokok itu terhina, dungu, membazir dan keji,
kerendahan bagi penagihnya, pasti, Darinya menguap kentut yang busuk dan
diluati. Kepulan asap dari bibirnya mengasapi muka dana peribadi.
Antara kata-kata hikmatnya:
“orang yang mulia itu ialah orang yang
memuliakan ibu” “mengkaji sendiri adalah punca kemajuan dalam pembelajaran”,
Pengaruh Imam
Al-Ghazali
Melihatkan peribadi dana sikap hidupnya,
nyatakan bahawa Tuk kenali adalah terpengaruh oleh ajaran-ajaran Failasuf islam
Iman Ghazali, seorang ahli Tasauf yang sampai kepada darjat “hakikat” mengenal
diri dan Tuhannya, ingin mencapai kebahagiaan dan kesucian yang
setinggi-tingginya dalam penghidupan yang singkat ini, kemewahan hidup yang
terhad dan sifat tidak membesar diri adalah nyata sekali dalam penghidupannya.
Unsur-unsur ini adalah terkandung dalam adoa
yang dikumpul dan digubah oleh Iman Al-Ghazali dalam kitabnya “Ayyuhai Walad”
(Wahai Anak) yang menjadi amalan Tuk Kenali dan murid-murid beliau sehingga
sesudah itu dikenal pula dengan “Doa Tuk Kenali” (Doa mengiringi sembahyang
Lima Waktu) yang antara lain bererti:
wahai tuhan,
sesungguhnya saya pohon pada Engkau pemberiannya sempurna , kesihatan yang
berkekalan, rahmat yang menyeluruh dan kesegaran yang berguna. Saya pohonkan
daripada Engkau puncak kesenangan hidup, puncak kebahagiaan umur, kesempurnaan
kebaikan, juga keluasan pemberian dan kesopanan yang lebih berfaedah.”
Tuhanku, Tolonglah kami dan jangan pula kami
ditindas. Tuhanku, Bahagiakanlah kesudahan hidup kami, buktikanlah hasrat kami
dengan penambahan amalan. Susilah kesegaran dikala berpagi-pagi dan
berpetang-petang.
Wahai Tuhanku, tumpahkanlah rahmat engkau di
tempat kembali kami dan kesudahan kami dan tuangkanlah dulang kemaafan ke atas
dosa-dosa kami dan kurniakanlah pembaikan kepada keaifan-keaifan kami dan
berikanlah kegiatan kami pada agama engkau. Kepada Engkau kami berserah dan
kepada engkau kami menggantung harapan”.
Meninjau
kepada beberapa segi yang telah dikemukakan di atas, tidaklah keterlaluan jika
dikatakan bahawa Tuk kenali adalah salah seorang tokoh ulama terkenal dan
pembangun fikiran Umat Islam di dunia sebelah juga tidaklah salah jika
dikatakan bahawa selagi terbitnya majalah pengasuh ke alam persuratan melayu,
maka selama itulah Tuk Kenali dikenangan, seterusnya tidaklah merupakan suatu
penonjolan jika dikatakan bahawa selagi wujudnya majlis Agama islam dan Adat
istiadat melayu kelantan” maka selama itulah ?Tuk Kenali masih disebut dan
dikenali.
Rujukan
- Said, Abdul Ghani , 7
Wali Melayu, Mahbook Publications, Kuala Lumpur 1998
Pautan
luar